Isnin, 24 Januari 2011

Mengapa katak bernyanyi..

Salam u allz sume..ari ni mama nak kongsi ngan u allz sume tentang mengapa katak bernyanyi...katak merupakan haiwan yg bising terutamanya pd musim nak mengawan..katak jantan akan cuba memikat katak betinadgn menghasilkan bunyi yg pling nyaring..hanya katak betina dari spesis yg sama akn mengenali bunyi katak jantan mereka..katak betina akn memilih katak jantan yg bleh menghasilkan bunyi yg bermutu..(pndai btul katak2 ni kan)pemilihan ini penting untuk kelangsungan kehidupan spesis tersebut.boleh diibaratkn sperti wanita yg akn memilih jejaka tampan,kaya n berketurunan baik tok djadikan pasangan mereka supaya kehidupan mereka lebih terjamin.
Contoh bg ciri-ciri panggilan katak ialah tempoh nadi,harmonika bunyi,frekuensi dominan,frekuensi asa,kadar ulangan not dan sebagainyelah..Hanya katak jantan yg menepati dan melepasi mutu bunyi akn menjadi rebutan katak betina...
Secara ringkasnye,sistem bunyi katak terdiri dripada satu pemancar(karung suara) untuk mengeluarkan bunyi,dan satu penerima(telinga)untuk memproses dan membalas bunyi tersebut.
Sistem ini terdiri drpada punca(katak jantan)pengoked(otak)saluran(udara @air)penyahkod(telinga dan otak)dan satu destinasi(katak jantan untuk perebutan wilayah @katak betina untuk mengawan).
Bunyi katak mempunyai dua fungsi utama,iaitu menarik perhatian katak betina,dan memberitahutentang wilayah yg diduki kpd katak jantan dripda spesis yg sama @ berlainan.




info :Dr Ramlah Zainudin..Pensyarah Jabatan Zoologi,Fakulti Sains dan Teknologi Sumber..Universiti Malaysia Sarawak.

0 comments:

mama rayyan menulis